Pentingkah nilah spiritual untuk memahami tool dari Barat?
Salah satu kesan semerta apabila kita menggunakan tool dari Barat ialah kita nampak ia amat hebat dan berkesan sehingga kita merasakan 'tidak perlu' untuk beriman dan kembali pada Tuhan, tetap akan berjaya. Sebenarnya inilah loop hole yang berlaku dalam modul dari Barat. Kerana mereka tidak nampak, tidak semestinya ia tiada atau tidak penting untuk manusia.
Modul dari Barat ialah seperti seorang pemuda yang kehilangan duit syiling di tepi tiang lampu dalam malam yang pekat. Apa yang beliau buat ? Cari duit di bawah lampu sahaja. Datang seorang kawannya bertanya.
"Mengapa tidak dicari di tempat lain? Pastikah ia jatuh di sini ?"
Kata si pemuda tadi, "Bawah lampu ini sahaja saya nampak. Kalau jatuh di tempat lain, dan saya cari, tetap tidak nampak."
Itulah contoh kegelapan yang berlaku kalau kita mengkaji sesuatu modul dalam 'cahaya' yang kita nampak sahaja di peringkat fizikal, intelek atau emosi seorang manusia. Padahal ada cahaya yang lebih tinggi - itulah spiritual yang mencakupi aspek ghaib atau tidak jelas atau nampak menggunakan mata fizikal, intelek atau emosi.
Contoh aplikasi spiritual dalam Business Model A+
Antara contoh yang boleh diambilkira dalam Customer Segment bagi BM ialah dengan menganalisis nilai PIES.
P - nampak ada pelanggan yang ingin program membina modul
I - dapat SMS seorang peserta yang bertanya program
E - berhubung dengan peserta itu dan menyelidik dari bakal peserta lain kalau ada yang ingin turut serta dengan yuran RM 150 seorang
S - kalau ditentukan oleh Tuhan ia berjaya dilaksanakan, maka program ini akan berjaya. Tapi kalau ia tidak ditentukan berjaya pada masa tertentu, survey tersebut akan menunjukkan tidak cukup peserta lagi setakat ini. Kalau tiada elemen ini, usaha dibuat rasa kecewa. Tapi dengan nilai spiritual, kita tahu kita dapat pahala. Di peringkat manusia, kita akan berikan dulu Customer Relation dengan berhubung dengan baik sementara menunggu saat sesuai untuk dilancarkan sekali lagi program yang sama. Dengan spiritual, jiwa akan menjadi lebih tenang dan selalu bergantung kepada Yang Esa berbanding hanya ingin tekan diri sendiri - walaupun perkara itu tidak pasti lagi. Berhadapan dengan realiti yang tidak pasti (uncertainty) adalah satu elemen penting dalam definisi 'start up' yang diberi oleh Eric Ries dalam bukunya The Lean Startup:
"A startup is a human institution designed to create a new product or service under conditions of extreme uncertainty."
Kerana ketidakpastian inilah, doa Sola Dhuha ini akan menjadi amat manis dibaca setiap hari selepas solat sunat tersebut - yang dikaitkan dengan murah rezeki:
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Kita tidak tahu rezeki itu dari atas, bawah, halal jauh atau mudah. Itu tidak pasti. Doa dalam bahasa Arab begini:
No comments:
Post a Comment