Friday, August 17, 2012

Mengapa perlu BMA+

Mengapa perlu Business Model A+? Kerana ketika program yang saya ikuti di Singapura, nilai spiritual dan emosi kurang dibincangkan. Banyak berbincang tentang elemen intelek dan kewangan. Yang banyak dibincangkan ialah bagaimana melonjakkan kualiti bisnes dan memastikan kejayaan bisnes. Ini amat bagus. Namun perlu diambil kira juga 'social layer' dan 'spiritual layer' agar apa yang dibuat itu tidak terasing daripada nilai spiritual dan sejajar dengan tugas manusia sebagai hamba kepada Pencipta.

Lebih dari itu, ia ada kaitan dengan tahap stres yang meningkat kepada ahli bisnes jika apa yang dirancang dalam Business Model ini tidak menjadi atau apa yang diharapkan tidak seperti mana yang diharapkan.

Itu sebabnya saya menulis dan menggabungkan nilai A+ dalam Business Model ini.

No comments:

Post a Comment