Thursday, September 6, 2012

Eksperimen pertama menggunakan Eventbrite

Saya mendapat jemputan Eventbrite dari Singapura untuk satu program. Kaedah jemputan amat menarik. Tetapi saya tidak dapat pergi.

Saya cuba untuk mengaplikasikan konsep sama Eventbrite untuk program santai berbincang berkaitan program cuti sekolah. Nampaknya hanya seorang sahaja yang respon untuk setuju ke program itu daripada 86 orang yang saya jemput. Ini membuktikan menggunakan Eventbrite untuk jemputan di Malaysia masih baru dan mungkin tidak berkesan.

Apa yang saya boleh perhatikan ialah:

  1. Hubungi offline
  2. Bina hubungan rapat dan si individu rasa keperluan besar 
  3. Jika beliau tidak merasakan perkara itu kritikal, hadir open house akan menjadi lebih utama
Alhamdulillah eksperimen ini sudah berjaya dijalankan untuk saya belajar sesuatu. Bukan semua aspek teknologi akan menjadi asas kejayaan. Ia hanya alat. 

Jika ada kaedah lain untuk menarik perhatian mereka, boleh diusahakan. Value atau nilai program ini masih lagi relevan, kerana pelanggan tidak semestinya tahu apa yang mereka perlukan. Hanya sejauh mana ia dinampakkan relevan dan penting untuk mereka perlu diambil perhatian.

No comments:

Post a Comment