Samada baru atau lama, anda perlu tanya: apakah bisnes utama anda.
Soalan ini perlu dijawab. Dalam masa 2-5 tahun, anda perlu menjawab soalan ini. Fokus pada keutamaan anda. Jika anda kata ada banyak bisnes dalam satu masa, sila pilih yang menjadi paling utama. Yang lain letakkan sebagai sub-projek. Kalau anda tidak berbuat demikian, anda akan lari fokus. Kalau hanya mengejar duit kerana ada banyak projek, sumber anda akhirnya akan berkurang dan meletihkan.
Kalau anda pergi ke mana-mana program, jangan cepat tertipu dengan model bisnes orang lain. Anda kena tahu apa yang anda sedang buat dan minat. Khuatir nanti selepas habis program atau borak dengan kawan, anda baru sedar, anda sebenarnya bukan berpotensi niaga bela ikan keli tetapi sesuai untuk memasarkan ikan keli sedia ada. Dua bisnes berbeza.
No comments:
Post a Comment