Hari raya tahun ini mencatatkan bilangan rumah paling sedikit yang saya lawati. Ada beberapa halangan yang berlaku. Tapi saya sempat melawat Barnes & Noble di Pulau Pinang. Saya tahu buku di sana mahal-mahal jika berbahasa Inggeris. Saya tidak sangka ada satu bahagian buku yang berkualiti diberi potongan 70%. Saya borong 10 buah buku bernilai kira-kira RM 300 sahaja - walaupun saya patut membayar RM 1000!
Itu pengalaman personal terkejut saya tersempak dengan potongan di kedai buku yang tidak diumumkan di mana-mana. Malah ramai rakan saya di Pulau Pinang tidak tahu peluang itu. Saya memahami kekecewaan mereka.
Saya juga tidak mahu kecewa begitu. Ini boleh menjadi asas inovasi dalam dunia bisnes bagi membantu lebih ramai tidak kecewa.
Bagaimana ?
Kalau rutin kita masuk keluar kedai buku kalau pasangan kita sedang berbelanja, ia boleh menjadi sumber pendapatan. Manakan tidak. Saya jimat RM 700. Kalau saya tidak ke sana, dan ada yang minta upah RM 100 untuk belikan buku tersebut, saya sanggup upahkan. Saya masih untung RM 600. Artikel ini ditulis juga berdasarkan buku yang saya beli dari Barnes & Noble tersebut.
Samada Barnes & Noble, Popular atau mana-mana kedai buku, info potongan harga itu tidak ramai yang tahu. Kalau anda dapat jimatkan banyak wang rakan anda, bukankah itu satu value proposition yang baik ?
No comments:
Post a Comment