Saya banyak ditanya oleh peserta program keusahawanan, "bagaimana saya ingin pastikan saya ikuti peluang bisnes yang bagus dan tidak kena tipu lagi?"
Saya yakin ramai yang ingin menjalankan bisnes. Namun tidak pasti menghadapi realiti ini. Saya kongsikan panduan ringkas.
Business Model A+
Sunday, April 21, 2013
Thursday, September 13, 2012
Bisnes sedia ada? Bisnes baru?
Samada baru atau lama, anda perlu tanya: apakah bisnes utama anda.
Soalan ini perlu dijawab. Dalam masa 2-5 tahun, anda perlu menjawab soalan ini. Fokus pada keutamaan anda. Jika anda kata ada banyak bisnes dalam satu masa, sila pilih yang menjadi paling utama. Yang lain letakkan sebagai sub-projek. Kalau anda tidak berbuat demikian, anda akan lari fokus. Kalau hanya mengejar duit kerana ada banyak projek, sumber anda akhirnya akan berkurang dan meletihkan.
Kalau anda pergi ke mana-mana program, jangan cepat tertipu dengan model bisnes orang lain. Anda kena tahu apa yang anda sedang buat dan minat. Khuatir nanti selepas habis program atau borak dengan kawan, anda baru sedar, anda sebenarnya bukan berpotensi niaga bela ikan keli tetapi sesuai untuk memasarkan ikan keli sedia ada. Dua bisnes berbeza.

Saturday, September 8, 2012
Banyak projek, tidak fokus atau kecil besarkan
Pengalaman saya dalam mengendalikan bisnes ialah banyak idea yang datang. Ada yang saya buat. Ada yang berlalu begitu sahaja. Ada yang berjaya sampai akhir. Ada yang berjaya setengah jalan.
Mana yang bagus? Siapkan sampai hujung atau bagaimana?
Tiada jawapan yang pasti. Yang pasti ialah sebab ia perlu habis ke hujung atau perlu berhenti awal. Jika dalam The Lean Startup, makin banyak eksperimen dibuat, lagi bagus. Eksperimen ini kekadang akan menyebabkan kita terus (persevere) atau tukar (pivot). Jadi tidak salah kalau berhenti di tengah jalan. Yang penting kita tahu apa yang kita buat - bukan kerana tekanan dari luar sahaja.

Friday, September 7, 2012
Model Bisnes Lawat Barnes & Noble
Hari raya tahun ini mencatatkan bilangan rumah paling sedikit yang saya lawati. Ada beberapa halangan yang berlaku. Tapi saya sempat melawat Barnes & Noble di Pulau Pinang. Saya tahu buku di sana mahal-mahal jika berbahasa Inggeris. Saya tidak sangka ada satu bahagian buku yang berkualiti diberi potongan 70%. Saya borong 10 buah buku bernilai kira-kira RM 300 sahaja - walaupun saya patut membayar RM 1000!
100 Model Bisnes - Latihan dan Pendidikan
Dalam catatan ini, saya akan senaraikan 100 Model Bisnes dengan Modal RM 100 yang boleh menjadi idea kepada individu yang ingin terlibat dalam dunia bisnes berkaitan latihan dan pendidikan. Ia boleh dilaksanakan secara full time atau part time. Butiran Model Bisnes ini akan diberikan kepada individu yang berminat. Boleh tinggalkan di bahagian komen di bawah.
Bagaimana saya menggarap idea ini? Kebanyakan idea awal ini adalah pengalaman saya dalam bidang latihan dan pendidikan. Idea-idea lain yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa di blog ini adalah hasil kajian dan bacaan daripada pelbagai pihak yang berinovasi dalam dunia masing-masing.

Bengkel 100 Model Bisnes dengan Modal RM 100
Total Success membawakan kepada anda Bengkel 100 Model Bisnes dengan Modal RM 100 pada 16 September 2012. Bengkel ini bertujuan membantu peserta memahami Business Model Canvas dan dapat mengaplikasikan dalam dunia perniagaan. Bengkel ini turut memberikan 100 idea bisnes dan bagaimana merancangnya dengan menggunakan Business Model Canvas - fokus kali ini dalam dunia latihan dan pendidikan. DAFTAR SEKARANG DI:
http://bit.ly/100Model Business Model Canvas merupakan satu pendekatan yang diasaskan oleh Alexander Oesterwalder & Yves Pigneur dalam mencipta dan menilai model bisnes. Dalam satu halaman, pendekatan ini dapat merangkumi semua elemen-elemen penting bisnes tanpa berisiko menjadi terlalu ringkas. Peta minda sering digunakan bagi meringkaskan nota dan dalam masa yang sama meningkatkan kefahaman. Begitu juga dengan Business Model Canvas, pendekatan ini ibarat peta minda bagi pelan bisnes anda. |
Thursday, September 6, 2012
Eksperimen pertama menggunakan Eventbrite
Saya mendapat jemputan Eventbrite dari Singapura untuk satu program. Kaedah jemputan amat menarik. Tetapi saya tidak dapat pergi.
Saya cuba untuk mengaplikasikan konsep sama Eventbrite untuk program santai berbincang berkaitan program cuti sekolah. Nampaknya hanya seorang sahaja yang respon untuk setuju ke program itu daripada 86 orang yang saya jemput. Ini membuktikan menggunakan Eventbrite untuk jemputan di Malaysia masih baru dan mungkin tidak berkesan.
Apa yang saya boleh perhatikan ialah:

- Hubungi offline
- Bina hubungan rapat dan si individu rasa keperluan besar
- Jika beliau tidak merasakan perkara itu kritikal, hadir open house akan menjadi lebih utama
Alhamdulillah eksperimen ini sudah berjaya dijalankan untuk saya belajar sesuatu. Bukan semua aspek teknologi akan menjadi asas kejayaan. Ia hanya alat.
Jika ada kaedah lain untuk menarik perhatian mereka, boleh diusahakan. Value atau nilai program ini masih lagi relevan, kerana pelanggan tidak semestinya tahu apa yang mereka perlukan. Hanya sejauh mana ia dinampakkan relevan dan penting untuk mereka perlu diambil perhatian.
Subscribe to:
Posts (Atom)