Sebagaimana awal saya nyatakan dalam blog ini, Business Model Generation ditulis oleh Alex dan Yves dari Switzerland. Selepas mengikuti program di Singapura, saya meletakkan nama blog ini sebagai Business Model A+ kerana ia mengaitkan dengan nilai spiritual - yang tiada di dalam buku asal oleh Alex dan Yves. Apabila sesuatu datang dari Barat yang baik, maka ia perlu disemak bagaimana perspektif spiritual bersama dibincangkan. Kalau tiada atau tidak tepat ia perlu diambil kira.
Tuesday, August 28, 2012
BM Training - Program Uncang Ramadhan
Saya kongsikan Business Model bagi Program Uncang Ramadhan yang saya laksanakan pada Ramadhan yang lalu. Saya berazam pada bulan Ramadhan, semua program saya percuma - sebagai sumbangan saya dalam bulan Ramadhan. Ada 2 atau 3 klien yang ingin membayar saya, tetapi saya kata: PERCUMA. Ada yang ingin beri sagu hati, lantas saya kata: saya akan serahkan kepada Projek Orang Asli Sg Gabai.
Apa Revenue yang saya dapat ? Saya dapat ilmu baru, kawan baru dan saya harap pahala berganda-ganda. Adakah saya dapat RM ? Saya tawarkan produk lain sebagai siri lanjutan. Ada 4 orang yang setuju mengikutinya. Nilai program ini agak tinggi tetapi mereka setuju kerana nampak nilai di sebaliknya. Jumlah yuran mereka lebih daripada bayaran standard bagi saya selama 4 hari memberi secara percuma tersebut.

BM Training - Prebiu Percuma Sekali atau Berkali-kali
Salah satu Business Model yang baik untuk konsultan ialah dengan membuat previu percuma samada sekali atau beberapa kali. Teknik ini sesuai untuk konsultan yang hadir dengan produk baru. Kalau produk baru, ia tidak semestinya untuk syarikat baru. Syarikat lama juga perlu membuat previu. Kalau syarikat baru, lebih-lebih lagi perlu buat previu.
Poin penting ketika previu ialah bukan sekadar bagi kandungan. Dapatkan respon daripada peserta. Ini akan memastikan proses dalam membina senarai pelanggan lebih berjaya. Ia juga untuk mendapatkan Customer Validation dalam CDM. Berikan soalan-soalan yang sesuai untuk melaksanakan Customer Validation.
Jika mampu, boleh hadir dengan cross sale atau upsale. Namun kalau masih baru dan ada modal bertahan, cukup dengan mendapatkan feedback. Jika kita gelojoh untuk menjual, tidak mustahil kita

- Kelam kabut menyiapkan produk mengikut pelanggan sehingga asyik ada permintaan, terus dipenuhi
- Atau kita hilang bakal pelanggan kita kerana dia nampak kita amat gelojoh.
Business Model dalam Bidang Latihan
Ada 9 blok dalam Business Model. Setiap blok boleh diinovasikan bagi melebarkan lagi peluang dalam bidang latihan. Jika anda terlibat dalam dunia training, motivasi atau ceramah, anda mungkin ingin mendalami salah satu model ini lantas diaplikasikan dalam syarikat anda. Saya akan senaraikan dan tambah dari semasa ke semasa Business Model dalam dunia training.
Jika anda berminat membaca semua model, sila klik pada pautan berikut

Sunday, August 26, 2012
Customer Value Map
Artikel lanjut dalam bahasa Inggeris ada di sini http://www.businessmodelalchemist.com/2012/01/the-customer-value-canvas-v-0-8.html . Saya bertujuan untuk menyampaikan mesej penting daripada artikel asal di atas.
Salah satu cabaran dalam menggunakan Business Model Canvas ialah adakah apa yang kita ingin sampaikan (value proposition) kepada pelanggan itu benar-benar diperlukan oleh pelanggan ? Atau ia hanya teori dalam minda atau dalam dewan atau ketika berborak-borak sahaja?

Friday, August 17, 2012
Mengapa perlu BMA+
Mengapa perlu Business Model A+? Kerana ketika program yang saya ikuti di Singapura, nilai spiritual dan emosi kurang dibincangkan. Banyak berbincang tentang elemen intelek dan kewangan. Yang banyak dibincangkan ialah bagaimana melonjakkan kualiti bisnes dan memastikan kejayaan bisnes. Ini amat bagus. Namun perlu diambil kira juga 'social layer' dan 'spiritual layer' agar apa yang dibuat itu tidak terasing daripada nilai spiritual dan sejajar dengan tugas manusia sebagai hamba kepada Pencipta.
Lebih dari itu, ia ada kaitan dengan tahap stres yang meningkat kepada ahli bisnes jika apa yang dirancang dalam Business Model ini tidak menjadi atau apa yang diharapkan tidak seperti mana yang diharapkan.
Itu sebabnya saya menulis dan menggabungkan nilai A+ dalam Business Model ini.

Apa Business Model A+
Business Model A+ diasaskan kepada idea asal dalam buku Business Model Generation. Elemen A+ adalah modul dalam Tabiat A+. Apabila Business Model digabungkan dengan A+, maka ia melahirkan web ini untuk sama-sama kita memahami bagaimana untuk melonjakkan lagi operasi bisnes dengan pendekatan A+ , mempunyai hubungkait dengan nilai spiritual dalam kehidupan seharian.
Secara ringkas, Business Model menerangkan bagaimana sesuatu bisnes itu harus berjalan. Ada 9 blok utama dalam Business Model Canvas. Setiap blok adalah berkaitan antara satu sama lain. Ia perlu difahami secara sistemik (tajuk buku pertama saya bersama PTS pada 2003). Jika ia difahami secara sistematik, ia akan mewujudkan sesuatu yang tidak teratur (chaos).
Business Model ini juga perlu digabungkan dengan idea 'test' atau diuji dalam lapangan sebenar. Business Model jika dibuat sekali adalah teori dan tekaan semata-mata. Apabila ia diulang banyak kali, ia akan mewujudkan satu model yang praktikal. Ini adalah salah satu ciri sistem, di mana praktikal dan teori perlu bergabung dalam masa yang sama.
Manakala A+ diasaskan kepada buku ketiga saya MasterPIES di mana ada individu yang beramal hanya untuk memikirkan elemen fizikal. Namun sebenarnya ia perlu melibatkan elemen Intelek, Emosi dan Spiritual untuk mewujudkan model bisnes yang baik dan boleh bergerak panjang serta menatijahkan pahala tanpa sempadan.
Jika ada yang bertanya, apa beza dengan Business Model yang asal, jawapannya: bisnes model ini dibincangkan dengan memahami potensi sebenar manusia.
Selamat membaca!

Subscribe to:
Posts (Atom)