Monday, September 3, 2012

Apa model bisnes? Mengapa penting?

Seorang pensyarah mempunyai 2 biji rumah. Sebiji didiaminya. Sebiji lagi ingin dijadikan sumber income tambahan seperti mana banyak dibuat orang.

Model bisnes 1: beliau ingin sewakan rumah dengan RM 450 sebulan.

Setelah kami berbincang, kami hadir dengan pilihan seterusnya:

Model bisnes 2: beliau tambah sedikit alat dan jadikan ia homestay kerana lokasi rumah tersebut dekat dengan universiti dan pantai. Sudah tentu ramai yang perlukan penginapan ketika melawat anak, menghadiri seminar sambil berjalan ke pantai. RM 150 sehari, jika disewa 3 hari sudah sama dengan pendapatan dengan Model Bisnes 1.

Si pensyarah tersebut bersetuju dengan model bisnes 2.

Dalam contoh lain, seorang trainer mempunyai model bisnes ini:

Model bisnes 1 trainer: Cari pelanggan dan sampaikan. Kadar ialah min RM 1500 sehari. Kalau dapat 5 hari, pendapatan ialah RM 7500.

Model bisnes 2 trainer: Cari pelanggan dan latih trainer lain serta kumpulan event manager  yang lain. Kalau dapat training 5 hari, pendapatan RM 7500. Apabila ada event manager untuk uruskan program lain, beliau boleh dapat tambahan pendapatan tanpa perlu bersusah payah mencari program. Kerana ia adalah latihan dan bukan ceramah, beliau boleh dibayar RM 3000 sehari.

Antara Model bisnes 1 dan 2 trainer di atas, kita akan nampak bahawa pilihan kedua melibatkan inovasi dalam melaksanakan bisnes latihan.

Inovasi dalam Model Bisnes

Model Bisnes boleh digunakan untuk memahami peta bagi bisnes - melonjakkan potensi fizikal seorang manusia. Selain itu, potensi intelek, emosi dan spiritual juga boleh menggunakan framework model bisnes ini untuk maju ke hadapan.

Berikut ialah hasil inovasi dan adaptasi tersebut:


  • Model pendidikan dan latihan (Education / Training Model) - fokus kepada nilai intelek
  • Model keluarga dan kepimpinan (Family Model / Leadership Model) - fokus kepada nilai emosi
  • Model dakwah (Dakwah Model) - fokus kepada nilai spiritual
Apakah kandungan semua model ini ? Ia tetap mempunyai 9 blok. 

Tuesday, August 28, 2012

Elemen spiritual amat penting dalam bisnes

Sebagaimana awal saya nyatakan dalam blog ini, Business Model Generation ditulis oleh Alex dan Yves dari Switzerland. Selepas mengikuti program di Singapura, saya meletakkan nama blog ini sebagai Business Model A+ kerana ia mengaitkan dengan nilai spiritual - yang tiada di dalam buku asal oleh Alex dan Yves. Apabila sesuatu datang dari Barat yang baik, maka ia perlu disemak bagaimana perspektif spiritual bersama dibincangkan. Kalau tiada atau tidak tepat ia perlu diambil kira.

BM Training - Program Uncang Ramadhan

Saya kongsikan Business Model bagi Program Uncang Ramadhan yang saya laksanakan pada Ramadhan yang lalu. Saya berazam pada bulan Ramadhan, semua program saya percuma - sebagai sumbangan saya dalam bulan Ramadhan. Ada 2 atau 3 klien yang ingin membayar saya, tetapi saya kata: PERCUMA. Ada yang ingin beri sagu hati, lantas saya kata: saya akan serahkan kepada Projek Orang Asli Sg Gabai.

Apa Revenue yang saya dapat ? Saya dapat ilmu baru, kawan baru dan saya harap pahala berganda-ganda. Adakah saya dapat RM ? Saya tawarkan produk lain sebagai siri lanjutan. Ada 4 orang yang setuju mengikutinya. Nilai program ini agak tinggi tetapi mereka setuju kerana nampak nilai di sebaliknya. Jumlah yuran mereka lebih daripada bayaran standard bagi saya selama 4 hari memberi secara percuma tersebut.

BM Training - Prebiu Percuma Sekali atau Berkali-kali

Salah satu Business Model yang baik untuk konsultan ialah dengan membuat previu percuma samada sekali atau beberapa kali. Teknik ini sesuai untuk konsultan yang hadir dengan produk baru. Kalau produk baru, ia tidak semestinya untuk syarikat baru. Syarikat lama juga perlu membuat previu. Kalau syarikat baru, lebih-lebih lagi perlu buat previu.

Poin penting ketika previu ialah bukan sekadar bagi kandungan. Dapatkan respon daripada peserta. Ini akan memastikan proses dalam membina senarai pelanggan lebih berjaya. Ia juga untuk mendapatkan Customer Validation dalam CDM. Berikan soalan-soalan yang sesuai untuk melaksanakan Customer Validation.

Jika mampu, boleh hadir dengan cross sale atau upsale. Namun kalau masih baru dan ada modal bertahan, cukup dengan mendapatkan feedback. Jika kita gelojoh untuk menjual, tidak mustahil kita

  • Kelam kabut menyiapkan produk mengikut pelanggan sehingga asyik ada permintaan, terus dipenuhi 
  • Atau kita hilang bakal pelanggan kita kerana dia nampak kita amat gelojoh.

Business Model dalam Bidang Latihan

Ada 9 blok dalam Business Model. Setiap blok boleh diinovasikan bagi melebarkan lagi peluang dalam bidang latihan. Jika anda terlibat dalam dunia training, motivasi atau ceramah, anda mungkin ingin mendalami salah satu model ini lantas diaplikasikan dalam syarikat anda. Saya akan senaraikan dan tambah dari semasa ke semasa Business Model dalam dunia training.

Jika anda berminat membaca semua model, sila klik pada pautan berikut

Sunday, August 26, 2012

Customer Value Map

Artikel lanjut dalam bahasa Inggeris ada di sini http://www.businessmodelalchemist.com/2012/01/the-customer-value-canvas-v-0-8.html . Saya bertujuan untuk menyampaikan mesej penting daripada artikel asal di atas.

Salah satu cabaran dalam menggunakan Business Model Canvas ialah adakah apa yang kita ingin sampaikan (value proposition) kepada pelanggan itu benar-benar diperlukan oleh pelanggan ? Atau ia hanya teori dalam minda atau dalam dewan atau ketika berborak-borak sahaja?